Friday, January 15, 2010

UJIAN PENDEK SEJARAH T3(BAB 1)

UJIAN PENDEK SEJARAH DARI TOPIK T 3

BAB 1 PENJAJAHAN JEPUN DI NEGARA KITA
1. Antara berikut, yang manakah merupakan faktor Jepun menyerang Tanah Melayu?
I Masalah kekurangan bahan mentah
II Masalah keperluan kawasan pasaran baru
III Memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
IV Merealisasikan slogan “Asia Untuk Orang Asia”
A I dan II B II dan III
C III dan IV D I dan IV

2. British kurang bersungguh-sungguh dalam mempertahankan Tanah Melayu , kecuali Singapura. Mengapa?
A British yakin dapat mengambil semula Tanah Melayu
B British terpaksa menghadapi kemaraan tentera Paksi di Eropah
C British memang sudah menduga Tanah Melayu sukar untuk dipertahankan
D British berpendapat bahawa penduduk tempatan mampu mempertahankan Tanah Melayu.

3. # Leftenan Adnan
Apakah peranan pahlawan di atas sehingga menjadi kebanggan Rejimen Askar Melayu?
A Dapat mengalahkan pasukan tentera Jepun di bawah pimpinan Jeneral Itagaki
B Berjuang bermati-matian sehingga terkorban di Bukit Gap, Singapura
C Satu-satunya pegawai Melayu yang berkhidmat dengan tentera British
D Menjadi anggota Rejimen Askar Melayu pertama berpangkat pegawai

4. Kejatuhan keseluruhan Tanah Melayu dalam masa 10 minggu di tangan tentera Jepun telah mengejutkan British sendiri. Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?
A Kita tidak boleh mengharapkan kuasa asing mempertahankan negara kita sendiri
B British bukannya negara yang hebat dari segi ketenteraannya
C Negara kita dapat dikalahkan oleh kuasa asing dengan mudah
D Jangka masa peperangan tidak dapat dijangkakan

5. # Jeneral Itagaki # Masao Baba
Apakah persamaan kedua-dua pegawai tentera Jepun di atas?
A Pemerintah tertinggi tentera Jepun di Tanah Melayu
B Mengetuai tentera Jepun menyerah diri kepada British
C Terkorban semasa menjalankan misi mara ke Slim River
D Kedua-duanya berpaling tadah kepada British kerana tidak puas hati

6. Antara berikut, yang manakah unsur perancangan awal yang merupakan antara faktor kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu ?
I Aktiviti propaganda terhadap penduduk tempatan
II Kegiatan perisikan sebelum Perang Dunia Kedua tercetus
III Menyerahkan Negeri-Negeri Melayu Utara kepada Thailand
IV Serangan terhadap Pearl Harbour, pangkalan tentera Amerika Syaikat
A I dan II B II dan III
C III dan IV D I dan IV

7. Beribu-ribu askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berpaling tadah menyokong tentera Jepun. Mengapa?
A Mereka terpengaruh dengan propaganda Jepun untuk mengusir penjajah British dari India
B Kebanyakan tentera British telah kembali ke Britain untuk menghadapi tentera Jerman
C Pemimpin tertinggi askar India telah dipecat oleh British kerana menerima rasuah
D Askar India dianggap tentera kelas dua dalam pasukan tentera British.

8. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pemerintahan Jepun di Tanah Melayu?
I Pemerintahan bercorak ketenteraan diperkenalkan
II Pentadbiran Tanah Melayu tidak termasuk Singapura
III Pentadbiran digabungkan menjadi tiga peringkat sahaja
IV Pemerintahan Tanah Melayu dan Sumatera digabungkan
A I, II, dan III B I, III, dan IV
C I, III, dan IV D II, III, dan IV

9. # Singapura # Kuching
Apakah persamaan kedua-dua bandar di atas semasa penjajahan Jepun?
A Kedua-duanya menjadi pusat pentadbiran Jepun
B Kedua-duanya merupakan pusat gerakan anti-Jepun
C Kedua-duanya jatuh kepada tentera Jepun pada masa yang sama
D Kedua-duanya mempunyai status Tanah Jajahan Mahkota Jepun

10. Dasar-dasar pentadbiran Jepun di Tanah Melayu sering berubah-ubah. Apakah asas-asas yang membawa kepada perubahna tersebut?
A Kepentingan Jepun semata-mata B Situasi semasa di tanah Melayu
C Reaksi penduduk tempatan D Perubahan pucuk pimpinan

11. # Kuching # Sibu # Miri
# Jesselton # Sandakan
Apakah taraf Bandar-bandar di atas?
A Negeri B Wilayah
C Residensi D Bandaraya

12. Pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu diketuai oleh seorang Pengarah Agung yang berpusat di …
A Kualal Lumpur B Kota Bharu
C Singapura D Kuching

13. Antara penentangan yang paling berjaya di Sabah ialah Pasukan Gerila Datu Mustapha. Penentangan ke atas Jepun telah dilakukan di …
A Lahad Datu B Kota Kinabalu
C Labuan D Kudat

14. Dasar penjepunan merujuk kepada …
A memperkenalkan mata wang Jepun
B layanan yang baik kepada syarikat-syarikat Jepun
C sultan Melayu diberi elaun bulanan
D pengharaman Bahasa Inggeris dan Cina di sekolah

15. Semasa pendudukan Jepun, Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah dipimpin oleh seorang nasionalis Melayu, iaitu …
A Dr. Burhanuddin al-Helmy B Ishak Hj. Mohammad
C Ibrahim Hj. Yaacob D Ahmad Boestaman.

1 comment: