Monday, January 25, 2010

NOTA SEJARAH T3(BAB 2) 2.2 MALAYAN UNION (MU)

2.2 MALAYAN UNION (MU)

• Diisytiharkan British pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur
• Gabenor pertama – Sir Edward Gent
• MU menggantikan PTB di Tanah Melayu
• Malayan Union merupakan;
• Usaha British mengukuhkan pengaruh politik & ekonominya di Tanah Melayu
• Penjajahan secara mutlak oleh British


Tujuan Penubuhan MU

• Mengurangkan & mengawal kuasa politik orang Melayu
• Menjimatkan perbelanjaan British – NNS, NNMB & NNMTB
• Menjamin terus penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
• Memastikan sumbangan golongan imigran tidak terjejas sebagai sumber tenaga kerja, pelabur & pengembang ekonomi Tanah Melayu
• Mengukuhkan pertahanan British di Tanah Melayu & Asia Tenggara
• Mewujudkan suatu pentadbiran cekap & seragam
• Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
• Membentuk satu bangsa Malayan Union


Ciri-Ciri Malayan Union

• MU berjaya mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada sebuah Tanah Jajahan Mahkota
• Negeri naungan – negeri yang dilindungi oleh British & raja2 Melayu masih menjadi ketua negeri
• Tanah Jajahan Mahkota – negeri yang diperintah oleh British secara langsung & berada di bawah Parlimen
British iaitu Melaka & Pulau Pinang
• MU mewujudkan satu pentadbiran bersifat ‘kesatuan’

• Ciri-ciri utama;

• NNMB, NNMTB & NNS digabungkan menjadi satu unit politik
• Dibentuk Majlis Eksekutif & Majlis Undangan Malayan Union
• Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Raja England
• Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli yang menjadi asas kerakyatan MU
• Raja2 menjadi ahli Majlis Melayu (Majlis Raja2 Melayu) yang hanya membincangkan soal agama Islam & adat istiadat Melayu
• Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir
• Parlimen British menjadi pemutus undang2 MU

Bentuk Pentadbiran Malayan Union

• Parlimen British – pemutus undang2 MU
• Gabenor MU - dilantik Raja England
• Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif, Majlis Undangan & Majlis Melayu (Majlis Raja2 Melayu
• Pesuruhjaya Negeri – sebagai ketua pentadbir setiap negeri

No comments:

Post a Comment