Friday, February 26, 2010

TAJUK FOLIO SEJARAH 2010

PERHATIAN: PELAJAR T3 BOLEH MULA KUMPUL MAKLUMAT UNTUK BUAT FOLIO SEJARAH 2010!!!!


Perayaan Tradisi kaum di Malaysia

Panduan yang saya lampirkan di bawah ini adalah panduan tepat untuk menjawab soalan Kertas Kerja Sejarah 2010 yang bertajuk Perayaan Tradisi kaum di Malaysia. Panduan menjawab ini penting kerana ianya memuatkan kesemua aspek hasil kajian pelajar dalam menjawab soalan Perayaan Tradisi kaum di Malaysia.

Berikut adalah panduan menjawab Perayaan Tradisi kaum di Malaysia.


TUGASAN SATU
Anda ditugaskan membuat kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di Malaysia

a) Dokumentasikan fakta sejarah yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
b) Tulis hasil kajian anda berdasarkan aspek di bawah:

Tajuk Kajian Perayaan tradisi kaum di Malaysia.
• Senarai Kandungan
• Senarai aspek kajian serta dicatatkan nombor halaman secara tertib.
• Penghargaan :Penghargaan kepada pihak yang telah membantu dalam pelaksanaan kerja kursus.
• Objektif Kajian : Objektif kajian yang mencakupi tajuk tugasan/iktibar/pengalaman kajian.
• Kaedah Kajian : Menyatakan dan menghuraikan kaedah kajian dari segi dapatan atau proses kerja.

Hasil Kajian :

1 Perayaan Tradisi:
- Nama perayaan/Nama lain
- Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat
- Tarikh/Tempoh masa dirayakan
- Tujuan perayaan

Wednesday, February 24, 2010

NOTA SEJARAH T3(SAMBUNG......2.5)

2.5 PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

• Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan pada 1 Februari 1948
• Tujuan – menggantikan MU
• Merupakan kejayaan penting kepada perjuangan orang Melayu

Rundingan Awal Ke Arah Penubuhan PTM
i. Rundingan Menolak Pelaksanaan MU
• Sejak Januari hingga Mei 1946 orang Melayu mengadakan bantahan secara aman
• Tujuan – menolak MU
• Mei 1946 – raja2 Melayu mengadakan pertemuan dengan British di Kuala Kangsar
• Tujuan – menyampaikan pandangan menolak MU
• Jun 1946 – rundingan UMNO dengan British di Pulau Pinang

• Kesan;
• British mengadakan rundingan rasmi dengan raja2 Melayu & UMNO
• Raja2 Melayu & UMNO menyerahkan satu memorandum menyatakan bantahan terhadap MU secara rasmi

ii. Rundingan Menubuhkan PTM
• Pada 25 Julai 1946 Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan
• Dianggotai pegawai kanan British, wakil raja2 Melayu & wakil UMNO
• Perbincangan rasmi diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur

• Beberapa tuntutan dikemukakan, antaranya;
a. Raja2 Melayu & orang Melayu menolak semua prinsip & struktur MU
b. Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
c. Mereka menolak kerakyatan jus soli
d. Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
e. Mendesak raja2 Melayu menjadi ketua negeri2 Melayu

• Kesan rundingan;
• British setuju membentuk PTM kerana tidak mahu orang Melayu menentang secara kekerasan
• British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu
• Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British & sikap pemimpin2 UMNO sentiasa
berunding menyedarkan British
• British mengubah dasarnya & melaksanakan dasar dekolonisasi (proses membebaskan negeri yang dijajah) yang digalakkan oleh PBB

• Rundingan berakhir dengan termeterai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada21 Januari 1948
• Pada 1 Februari 1948 PTM dibentuk & majlis menandatangani diadakan di King’s House, Kuala Lumpur

Ciri-Ciri Utama PTM 1948

• Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan
• Majlis Raja2 Melayu ditubuhkan menggantikan Majlis Melayu
• Perlindungan istimewa diberikan kepada orang Melayu & diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
• Syarat kerakyatan diperketatkan
• Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri2 Melayu kecuali Singapura
• Pesuruhjaya Tinggi British menjadi Ketua Persekutuan & dibantu Majlis Mesyuarat Eksekutif & Majlis
Mesyuarat Perundangan Persekutuan

Monday, February 8, 2010

Nota sejarah T3(sambung Bab 2.3)

Cara Penentangan Terhadap MU

• Dalam 3 bentuk – secara individu, melalui akhbar & secara kolektif

i. Secara Individu:

• Peranan Dato’ Onn Jaafar
• Pada 23 Januari 1946 beliau menulis surat kepada akhbar Utusan Melayu
• Tujuan – menyeru orang Melayu mengadakan kongres & menubuhkan U.M.O (United Malays Organization)
• Raja2 Melayu membantah MU –menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan kerana dipaksa menerima MU
• Kesan - bantahan orang Melayu menimbulkan kesedaran raja2 Melayu supaya berganding bahu menentang MU
• Sokongan – tindakan orang Melayu disokong bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
seperti Frank Swettenham, R.O Winstedt, Sir Frederick Weld & Sir Cecil Clementi
• Mereka menentang cadangan MU secara terbuka dalam akhbar The Times di London

ii. Melalui Akhbar:

• Menyuarakan bantahan melalui akhbar Majlis, Utusan Melayu & Warta Negara
• Akhbar Majlis – akhbar pertama menyeru orang Melayu menentang Mu
• Utusan Melayu – pada 12 Oktober 1945 menyeru raja2 Melayu berfikir jika MU tidak ditentang
• Warta Negara – pada 14 November 1945 menggesa orang Melayu menentang MU

iii. Secara Kolektif (Beramai-Ramai):

• Penentangan lebih berbentuk penyertaan masyarakat iaitu secara demonstrasi, menubuhkan persatuan2 Melayu, menubuhkan Kongres Melayu 1946 & mengadakan rapat umum

a. Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman
• Contoh demonstrasi;
• Di Alor Setar – seramai 50 000 orang
• Di Kota Bharu – seramai 10 000 orang
• Di Johor Bharu – orang ramai berkumpul di hadapan Masjid Sultan Abu Bakar
• Tujuan demonstrasi;
• Membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja2 Melayu
• Membantah MU yang akan menghapuskan kedaulatan negeri2 Melayu & kedudukan orang Melayu sebagai anak
negeri
• Contoh slogan yang digunakan;
• “Tanah Melayu Hak Melayu, Malayan Union Tidak Dikehendaki”
• “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”

b. Menubuhkan persatuan2 Melayu
• banyak persatuan Melayu ditubuhkan & dihidupkan semula
• tujuan – menentang Mu secara berorganisasi
• contoh – Persatuan Melayu Terengganu & Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor
• persatuan2 menghantar telegram & surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
• mereka menolak sama sekali pentadbiran MU
• contoh – Telegram Islamic Voice of Malaya, Pulau Pinang

c. Menubuhkan Kongres Melayu 1946
• Kongres Melayu pertama diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru,
Kuala Lumpur
• Dihadiri 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu
• Dirasmikan oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Hishamuddin Alam Shah & menderma sebanyak $500
• Pengerusi Kongres Melayu yang pertama – Dato’ Onn Jaafar
• Hasil kongres – bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
• Mendapat sambutan hebat
• Orang ramai membawa sepanduk patriotik menentang MU
• Tampil berucap – wakil kaum Ibu iaitu Che Maznah & wakil kanak2
• Kata2 “Wahai bapa2 kami, peliharalah hak2 kami sementara kami besar” menjadi pendorong & penguat
semangat perjuangan
• Kongres Melayu Kedua diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946
• Tujuan – membantah pengisytiharan MU yang akan diadakan pada 1 April 1946
• Dihadiri 9 wakil persatuan2 negeri Melayu
• Mesyuarat diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur
• Memutuskan 3 perkara penting;
(i) Meminta raja2 Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
(ii) Meminta orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis pentadbiran MU memulaukan pelantikan
itu
(iii) Menuntut orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok

d. Mengadakan rapat umum
• Diadakan semasa lawatan L.D. Gammans & David Rees Williams (ahli Parlimen British) di setiap bandar
pada Mei 1946
• Tujuan lawatan untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar2 menentang MU
• Orang Melayu berkumpul di Singapura, Johor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang,
Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar & George Town
• Orang Melayu membawa sepanduk yang mengutuk MU & Sir Harold MacMichael
Peranan Kaum Wanita / Kaum Ibu Dalam Menentang Pelaksanaan MU
• Memainkan peranan penting menyokong penuh perjuangan UMNO menentang MU
• Antaranya;
• Halimahton Majid – pemimpin Kaum Ibu UMNO, Rembau berucap dalam perhimpunan kaum ibu membantah MU
• Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid – Setiausaha Kaum Ibu UMNO yang pertama – telah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak & bergabung tenaga dengan kaum lelaki menyokong Kongres Melayu 1946
• Cikgu Zahara Abdullah – berucap menentang MU di Batu Pahat
• Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor telah ditubuhkan khusus menentang MU
• Peranan kaum ibu ini telah mendapat pujian daripada Dato’ Onn Jaafar

2.4 PENUBUHAN UMNO
• Keputusan penubuhan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
• Pada 11 Mei 1946, sebanyak 29 buah persatuan menandatangani penubuhan UMNO di Istana Besar, Johor Bharu
• Yang Dipertua pertama – Dato’ Onn Jaafar

Tujuan Penubuhan UMNO
• Menjadi wadah perjuangan orang Melayu bagi memperkasa kemajuan bangsa
• Tujuan penubuhan berubah mengikut keperluan semasa
• Contoh perubahan;
i. Tahun 1946;
• Menentang Malayan Union
• Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu
• Mewujudkan satu organisasi nasional
• Menjaga kepentingan politik & ketuanan Melayu
• Memajukan pendidikan orang Melayu
• Melindungi kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia menuntut kemerdekaan
ii. Tahun 1949;
• Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (berkaitan politik & pentadbiran) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu
• Menjalankan ikhtiar & langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu
• Memajukan orang Melayu dalam hal berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan & ikhtisas (berkaitan ekonomi)
• Menjadi pelindung kedaulatan tanah air
• Mula menuntut kemerdekaan

Perjuangan Tokoh UMNO
• Tokoh2 UMNO terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penggubalan perlembagaan UMNO tahun 1949
• Antaranya;
i. Dato’ Onn Jaafar
• Yang Dipertua UMNO pertama (1946- 1951)
• Merupakan pengasas UMNO
• Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Kuala Kangsar & England
• Sebelum memimpin UMNO, beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir Johor & wartawan yang terkenal
• Tahun 1946 dilantik menjadi Menteri Besar Johor kerana Berjaya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa pergaduhan kaum (keganasan14 hari)
• Merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu secara berorganisasi di peringkat nasional
• Beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah parti politik bertujuan menentang MU
• Berjaya menganjurkan Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
• Sumbangan terbesar – menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu & berjaya menumbangkan MU
• Menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada Britisih bantahan orang Melayu terhadap MU
• Berjaya memujuk raja2 Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
• Menjadi ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO tahun 1949
• Beliau mengambil beberapa perlembagaan parti luar Negara sebagai panduan


ii. Dato’ Panglima Bukit Gantang (1905- 1959)
• Nama sebenar – Abdul Wahab bin Abdul Aziz
• Merupakan Setiausaha Agung UMNO pertama
• Berpendidikan di Anderson School, Ipoh, Perak & Inner Temple, England
• Apabila MU diperkenalkan beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak – tujuan menyokong Kongres Melayu menggagalkan MU
• Beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948-1953


iii. Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud (1909-1977)
• Merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat & Ketua UMNO Kelantan
• Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu & Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak
• Beliau melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London, England
• Beliau menjadi peguam yang bertauliah
• Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan tahun 1948-1955


iv. Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba) – 1895-1973
• Dianggap seorang intelektual Melayu
• Digelar Pendeta Bahasa Melayu yang ulung
• Berasal dari Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
• Terlibat dalam Kongres Melayu tahun 1946
• Dato’ Onn Jaafar meminta beliau menguruskan persidangan kongres tersebut
• Beliau juga mencadangkan kepada Dato’ Onn Jaafar supaya menambah perkataan “kebangsaan” atau national ke dalam United Malays Organization (UMO) menjadi United Malays National Organization (UMNO)


Perjuangan & Perkembangan UMNO

• Berjaya memajukan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi, social & pendidikan
• Sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
• UMNO mewakili kepentingan orang Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO

Perjuangan utama UMNO ialah;
• Menumbangkan MU
• Menyatupadukan orang Melayu
• Memperjuangkan ‘ketuananMelayu’
• Menghapuskan semangat kenegerian & kedaerahan orang Melayu
• Mewujudkan sebuah parti politik bercorak kebangsaan
• Memajukan pendidikan orang Melayu
• Mengusahakan kemajuan ekonomi & kebajikan orang Melayu

• Beberapa mesyuarat agung diadakan di bandar2 besar
• Contoh;
• Jun 1946 – di Kota Bharu, Kelantan
• Tahun 1948 – di Pulau Pinang & dirasmikan Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah
• Biasanya mesyuarat agung UMNO dirasmikan oleh sultan atau raja2 Melayu setempat
• Menunjukkan perjuangan UMNO direstui
• Tahun 1946 – Piagam UMNO 1946 dibentuk yang merupakan perlembagaan UMNO pertama
• Tujuan – sebagai garis panduan untuk UMNO bergerak

• Piagam ini mempunyai 5 bab
• Tahun 1949 – Perlembagaan UMNO 1949 yang pertama diluluskan untuk menjadikan UMNO sebuah parti politik yang kukuh
Lambang UMNO

• Menjadi identiti UMNO, antaranya;
(i) Logo UMNO – dalam tulisan Jawi iaitu perkataan PEKEMBAR

(ii) Cogan kata – “HIDUP MELAYU” – dicipta oleh Dato’ Onn Jaafar untuk menyatukan ahli UMNO
• Cogan kata ini sebenarnya merupakan slogan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pimpinan Dato’ Onn Jaafar sendiri
• Bulan Mac 1950 – cogan kata ini ditukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub

(iii) Bendera UMNO – terdiri drpd warna merah, putih, kuning & hijau
• Merah – keberanian
• Putih – kesucian & keikhlasan
• Kuning – lambang raja
• Hijau – keris hijau lambang agama Islam & tamadun Melayu

• Pemilihan bendera diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak pada Jun 1946
• Dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur
• Bendera UMNO pertama kali dikibarkan pertama kali pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang 27 Julai 1947