Friday, January 29, 2010

NOTA SEJARAH(T3)BAB 2.3REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION

2.3 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION

• Terdapat pelbagai reaksi (tindak balas)
• Ada yang menyokong & ada yang menentang

i. Golongan Yang Menyokong MU:

• Disokong sekumpulan kecil orang Melayu yang radikal & golongan imigran
• Antara golongan radikal Melayu;
• PKMM – Parti Kebangsaan Melayu Malaya
• PKMM ditubuhkan Oktober 1945 oleh PKM di Ipoh & Presiden pertamanya ialah Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, PKM
• API – Angkatan Pemuda Insaf
• AWAS – Angkatan Wanita Sedar
• BATAS – Barisan Tani Malaya
• Alasan sokongan;
• MU akan menyatukan system pentadbiran Tanah Melayu
• Mu melahirkan pentadbiran baru & tidak berasaskan kuasa raja & pembesar Melayu
• Menyokong kerakyatan terbuka
• Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu
• Percaya dengan janji British akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu

• Antara golongan yang menyokong pendirian radikal Melayu;
• PKM
• MDU (Malayan Democratic Union) – parti politik yang berpusat di Singapura & ahlinya terdiri daripada yangberpendidikan Inggeris
• AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) – merupakan gabungan golongan imigran diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock
• Alasan sokongan;
• MU menguntungkan kerana kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa sahaja
• MDU mencadangkan Singapura dimasukkan ke dalam MU

ii. Golongan Yang Menentang MU:
• Ditentang kebanyakan peribumi Tanah Melayu

Sebab-Sebab Penentangan

• Penghapusan kedaulatan & kuasa raja2 Melayu – hanya menjadi ahli Majlis Raja2 Melayu, hilang takhta &
maruah, pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa gabenor British
• Tamadun orang Melayu terhakis – sistem beraja, bahasa Melayu, tulisan Jawi, Ketuanan Melayu tercabar & orang Melayu akan hilang tanah air
• Kerakyatan yang terlalu liberal – jus soli mengancam status quo orang Melayu & jumlah orang Melayu terancam akibat kerakyatan imigran terlalu mudah
• Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja2 Melayu – turun takhta & tidak diberi masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri

No comments:

Post a Comment