Wednesday, January 20, 2010

NOTA SEJARAH TINGKATAN 3

BAB 2 MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

• Malayan Union (MU)) diperkenalkan tahun 1946
• Ia membangkitkan gerakan nasionalisme Melayu
• Orang Melayu menentang MU yang dianggap cuba menjajah Tanah Melayu & menghapusklan ketuanan Melayu
• Ketuanan Melayu bermaksud semangat cinta akan apa saja berkaitan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, budaya & adapt istiadat
• Tentangan ini melahirkan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948


2.1 TANAH MELAYU SELEPAS KEKALAHAN JEPUN

• Jepun kalah tahun 1945
• Tanah Melayu dikuasai Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari
• PKM banyak melakukan keganasan
• Tanah Melayu menjadi huru-hara
• Keadaan diselamatkan oleh Pentadbiran Tentera British (PTM) atau British Military Administration (BMA)
• BMA – merupakan pentadbiran bercorak tentera oleh British sebelum Malayan Union diperkenalkan


Keganasan 14 Hari

• Jepun meninggalkan Tanah Melayu selepas kalah
• Berlaku “kekosongan Politik” kerana tiada kuasa yang memerintah
• Kekosongan politik – suatu masa atau keadaan sesebuah negara atau negeri yang tidak mempunyai sebuah kerajaan atau pemerintah
• PKM mengambil kesempatan untuk menguasai keadaan Tanah Melayu
• Tanah Melayu dikuasai oleh cawangan tentera PKM iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) selama 14 hari
• Tentera MPAJA dikenali sebagai “Bintang Tiga”
• MPAJA telah menguasai – bandar, daerah2 penting, balai polis & pejabat pentadbiran kerajaan


• MPAJA juga menjalankan;

• Undang2 sendiri seperti – menghukum sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun
• Mengenakan cukai kepala, cukai harta & cukai tanah
• Antara keganasan MPAJA;
• Menculik & menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun
• Menghukum penduduk yang menganiayai orang Cina
• Merampas harta benda orang kampung
• Membunuh sesiapa yang dianggap bersalah


• Contoh keganasan;

• Di Batu Pahat – PKM membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun
• Pegawai Daerah yang cuba berunding juga dibunuh
• Di Jelebu, Negeri Sembilan – PKM mencemarkan masjid & surau
• Di Kampung Bakor & Sungai Manik, Perak – PKM membakar rumah2 yang berpenghuni di waktu malam


• Kesan keganasan;

• Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM orang Cina
• Penduduk Melayu bangkit menentang PKM
• Berlaku huru-hara di bebarapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu


• Contoh – di Batu Pahat & Muar – orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung tenaga menyerang orang Cina di bandar Batu Pahat
• Berjaya dihalang oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato’ Onn Jaafar
• Ketegangan kaum ini berjaya diatasi oleh Pentadbiran Tentera British Pentadbiran Tentera British
• PTB – merupakan pentadbiran tentera yang diperkenalkan British pada September 1945
• Diketuai oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam – Sir Ralph Hone
• Tujuan PTB – melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah pentadbiran awam diperkenalkan


• Antara kejayaan PTB:
. Menghapuskan kuasa PKM selama 14 hari di Tanah Melayu
• Memujuk PKM & MPAJA serah senjata
• Kawal & hentikan pergaduhan kaum
• Wujudkan keamanan & tegakkan undang2

• Kesan;
• Berjaya mengamankan Tanah Melayu
• British perkenalkan Malayan Union

No comments:

Post a Comment