Wednesday, January 6, 2010

NOTA SEJARAH(T3)BAB 1

NOTA SEJARAH
TINGKATAN TIGA
BAB 1:
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
1.1 PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYU
• Memerintah selama 3 tahun 8 bulan (1942 hingga 1945)
• Pemerintahan bercorak tentera
KEDATANGAN JEPUN
• Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912)
• Melancarkan Pemulihan Meiji
• Menekankan pemodenan Jepun danperindustrian
• Mencontohi negara Barat
• Jepun meluaskan kuasa di China bertujuan memasarkan hasil industri
• Dianggap kuasa besar setelah berjaya dalam Perang Rusia-Jepun 1905
• Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun

Faktor Perluasan Kuasa Jepun
i. Faktor Masalah Ekonomi Jepun
• Penduduk Jepun bertambah menyebabkan tanah pertanian kurang
• Jepun perlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum, bijih timah dan getah
• Jepun perlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industri
ii. Faktor Sekatan Ekonomi
• Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasaiChina
• China dikuasai Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937
• Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri
• Serangan diketuai Jeneral Tojo
• Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera
• Tahun 1941 Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
• Beliau berjaya mengusir semua kuasa Barat di Asia Tenggara

Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu
i. Melalui Propaganda
• Digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan “Asia UntukOrang Asia” dan “Semangat Asia”
• Slogan berunsur anti-penjajah Barat
• Banyak menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara di Timur
• Propaganda disiarkan melalui akhbar Jepun The Syonan Times & Fajar Asia

ii.Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
• Strategi yang sangat berkesan
• Penduduk tempatan tidak menganggap Jepun sebagai penjajah baru menggantikan British

Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu
i. Melalui Kawasan Utara di Thailand
• Tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 Disember 1941
• Tentera terus mara ke Jitra, Kedah
• Tentera berpecah dua
• Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat
• Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat

ii. Melalui Kawasan Kota Bharu
• Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941
• Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur

iii. Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah
• Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941
• Berpecah kepada dua pasukan
• Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu
• Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan
• Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama di bandar-bandar besar
• Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah

Cara Kemaraan Tentera Jepun
i. Menggunakan kapal terbang perang
• Digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu
• Kapal ini sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun
ii.Menggunakan kereta kebal penggempur
• Berjaya memaksa tentera British berundur
• Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan
iii. Menggunakan bot
• Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai
iv. Menggunakan basikal
• Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British
• Basikal mudah untuk melalui jalan sempit

Kesan Kemaraan Jepun di Tanah Melayu
i. Jepun menguasai Tanah Melayu
• Tentera Jepun berjaya kuasai Tanah Melayu dalam masa 10 minggu
• Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun
• Leftenan Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki (dikenali “Harimau Malaya”) di Singapura
• Jepun gunakan strategi peperangan yang baik terutama kegiatan perisikan Jepun yang berkesan

ii. Banyak berlaku kemusnahan
• Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan
• British gunakan taktik “bumi hangus”
• British memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan
• Tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi
• Contoh kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan Bangunan Muzium Selangor
• Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan

iii. Jepun gagal menguasai bahan mentah Tanah Melayu
• Tindakan British Berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah negara

iv. Kelemahan tentera British di Tanah Melayu
• Tentera British yang terdiri daripada askar-askar India-Gurkha, Australia dan British tidak mampu menyekat
kemaraan tentera Jepun
• Tentera British tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali
Singapura
• British tumpukan perhatian untuk pertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah
• Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu

Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu
i. Perancangan awal perang
• Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu
• Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan

ii. Kelengkapan perang tentera Jepun
• Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”
• Jepun menggunakan kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu

iii. Semangat tentera Jepun
• Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka
• Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun
• Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun

iv. Taktik serangan Jepun
• Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941
• Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura

v. Kelemahan tentera British
• Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah
• Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
• Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British
• Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura

vi. Pakatan Jepun-Thailand
• Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand
• Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand

vii. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
• KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
• KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
• KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun

SAMBUNG .........

1 comment:

  1. Walau so long.......How I goin to 'hafal' all Bab 1? =.="

    ReplyDelete